XPDC TITIAN KASIH 2, 1 MALAYSIASekian sahaja tamatlah XPDC Titian Kasih 2, 1 MALAYSIA 2010 yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Fatah, di Perdana Resort Kota Bharu. XPDC yang penuh dengan kegembiraan, keceriaan, kesatuan, dan penuh dengan semangat daripada para peserta yang terdiri daripada pelbagai kumpulan yang berbeza di seluruh semenanjung Malaysia. Ia juga simbolik dengan tema kami Titian Kasih 2, 1 MALAYSIA, kerana dari kaum yang berbeza menyertai XPDC pada kali ini. Semangat berkerjasama dalam semua aktiviti amatlah membanggakan kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja XPDC pada tahun ini, Perdana Resort Challet, M-Raf Auto (M) Sdn Bhd, Ridel Hotel, Total Life, Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Petronas, Shell, dan semua pihak yang telah turut sama memberikan sumbangan dari semua segi, sama ada material, kebendaan, mahupun tenaga.
Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan ikhlas daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kami dari pihak pengurusan begitu menghargai setiap apa yang telah disumbangkan oleh anda semua.
Terima kasih juga kepada pihak berkuasa PDRM yang telah menyempurnakan sekaligus melancarkan perarakan XPDC ini dari Perdana Resort Kota Bharu sehingga ke check point kami di stesen minyak SHELL Kuala Krai, Kelantan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta yang telah sama-sama menjayakan XPDC Titian Kasih 2, 1 MALAYSIA pada tahun ini. Tanpa penyertaan daripada anda semua tidak mungkin XPDC ini akan berjaya dengan begitu sempurna. Sesungguhnya, kalianlah tiang kejayaan XPDC ini.
Semoga XPDC di lain kali akan lebih hebat, mantap dan lebih sempurna nanti. Akhir sekali, kami ingin merangkapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anda semua yang telah menjayakan XPDC Titian Kasih 2, 1 MALAYSIA ini.
Bersama-samalah kita menyemarakkan sukan lasak 4x4 untuk bangsa dan negara.
eRAT4x4 ADVENTURE TEAM